Tuesday, November 26, 2013

Make Lemonade as your friends for healthy beauty and life !

lemonade
 
Air suam rasanya sungguh bosan dan boring. Tetapi Miera sedar akan keperluan meneguk air suam untuk membasahkan tekaknya . lebih baik makan ubat gigi kodomo lion , at least ada rasanya. Dull and plain sangat air suam tu. Namun, minum air bertong-tong itulah alternatif tunggal jikalau doktor bukanlah orang yang mahu didampingi buat masa ini.

Si cerewet Miera yang membenci minum sky juice kerana rasa yang bosan telah mencampakkan sekeping lemon untuk diperah menambah rasa di dalam gelas kaca. Kenapa gelas kaca? Kerana gelas plastic tak ada daya tarikan langsung. Oh hai air yang sedap cantik dan menyegarkan!

 

Dan tahap curious bak panda yang sedang mencari dedaun buluhnya si miera ni pun menggoogle khasiat dan kebaikan lemon. Ecehh. So, terhasil lah                Make Lemonade as your friends for healthy beauty and life  
 

TOP 5 KEBAIKAN LEMON


1.   Melegakan  sakit tekak katanya. Tu dia! Tu dia! Kerana inilah aku jatuh cinta sama lemonade. Kerana lemon ni kuat untuk membunuh jangkitan kuman di tekak Miera. Kerana suara ku begitu berharga mati kau kuman mati kau. AHHA! Kebanyakan tips mengesyorkan kumur je air lemon tu tapi cik Miera yang gelojoh ni minum terus air lemon tu. BAHAHAHA.

2.   Baik untuk perut?  Menghadapi masalah nyahtinja? Jangan risau lemon adalah penyelesaiannya campur je perahan lemon dengan air panas. Sure, cacing-cacing dalam perut, kembung perut, pedih ulu hati akan hilang. Tiada suatu apa yang diciptakan Tuhan tiada gunanya.

3.   Tiada lagi depressed dan stress! Kenapa? kerana ia mampu mengawal pening-pening, tekanan darah tinggi, dan rasa nak muntah. Anda akan merasakan awan ke-9 bila anda minum air lemon kerana tensi tiada lagi (sangat lah hiperbola nya) . Apabila tidak stress, lebam bawah mata pun hilang, rambut tidak gugur. So, Nampak tak anda akan jadi cantik? Eh?

4.   Kulit kita cantek Rejuvenate skin from within katanya. Kebaikan lemon untuk kulit: Mengurangkan tanda parut kalau selalu sapu kat parut, mengurangkan kedut dan blackheads kalau selalu minum, bring glow to face (muka bercahaya glow in the dark wah wah wah) kalau selalu makan minum. Kalau dah selesai perah lemon untuk buat lemonade, jangan buang lagi sebab kulit (sebelah dalam) lemon boleh buat scrub muka (buang sel kulit mati) dan juga scrub siku lutut leher.

5.   Membantu memulihkan masalah/penyakit berkaitan saluran pernafasan. Samada sapu lemon di dada dan sedut aromanya atau minum air panas-panas untuk benefit dari wapnya, semua di ajar di e-How sila usha jangan malas.

jemput minum semua =)



p/s: . Itu sahaja dari Miera dalam berkongsi khasiat lemon. Kebanyakan fakta ini diambil dan diolah dari Life Mojo Satu biji lemon baru berapa sen sangat  dan kalau beli satu plastik ada 10 biji memang boleh tahan lebih dari 2 minggu sebab kulit dia tebal dan anda tak pakai banyak pun sekali minum. Sungguh teruja menaip dan berharap semua boleh menjadikan lemon sebagai stok buah yang tetap dalam household.

2 comments:

  1. LEMON NI MMG BANYAK KHASIATNYA.....

    ReplyDelete
  2. kan =) nak cantik dan nak sihat guna rawatan semulajadi pun dah cakap buat je air lemon haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...