Saturday, May 19, 2012

Buat Kali Kedua . . .

"Adam,awak rasa betul ke apa yang kita buat ni?"
aku bertanya meminta kepastian."Fya,saya harap awak
faham.Cuma ini saja cara yang kita ada untuk bersatu.",
Adam memandang dengan penuh yakin.

Perkenalan aku dan Adam Stephen George enam tahun yang
lalu tak sangka membibitkan percintaan. Adam
merupakan seorang pelajar yang suka membuat lawak di
dalam kuliah. Ada sahaja kerenah dia lakukan cuba menarik
perhatian aku. Buat pertama kalinya Adam menegur aku,aku
sangat terkejut.Ye lah, Adam seorang anak wakil kedutaan
Australia di Amerika, yang dikenali sebagai seorang 'playboy'.
Cerita yang paling hot yang pernah aku dengar pasal Adam ni,
dia ber'couple' dengan Marion Aniston seorang juara America
Next Top Model. Perkenalan pertama kami...

"Sofya, Sofya A'isha, Wait! will you date with me tonight?
Please for this night only.I'm waiting this moment for such
a long time.Tolonglah."Terkejut aku bila dia menyebut
perkataan Melayu. "for what? you can speak in Malay?
Thats sound good." "Yes, saya pernah tinggal di Malaysia
empat tahun lamanya bersama keluarga dan bersekolah di sana.
Saya bersekolah di sekolah international. Bapa saya menjadi
wakil kedutaan Australia yang tinggal di Malaysia."Nak tergelak
jugalah aku mendengar bahasa Melayu mat saleh dia. "Ala .. boleh
cakap bahasa Melayu pulak Mat Saleh ni. Mampuih la aku nak goreng
apa ni." aku mengomel sendirian. "What ? 'Mat Salleh' Thats my
neighbour next to my house in Malaysia." Selepas itu kami berdua
pun ketawa mendengar apa yang Adam katakan."Hey look at there,
there is a diamond in front of me" Adam menunjukkan ke arah
kasutnya."Where is it, Adam?"tanya aku dengan penuh tanda tanya.
Selepas itu, Adam menunjukkan ke arah muka aku. Sweet moment for
the first time perbualan kami. Diamond yang dimaksudkan Adam
adalah aku.

Kami terpaksa mengambil keputusan berkahwin tanpa restu keleuarga.
Ini semua kerana jurang dua budaya dan agama yang kami miliki.
Keluarga Adam telah membuangnya sejurus dia menyatakan hasratnya
memeluk agama Islam setahun selepas perkenalan kami. Adam memeluk
Islam bukan kerana mahu mengahwini aku. Tidak sama sekali.Tetapi dia
menganut agama Islam kerana hatinya sudah mula terbuka dengan agama
ini selepas dia meninggalkan Malaysia. Sekarang kami berdua sudah
berjaya menggapai cita-cita.Ya!Adam dan aku sudah berjaya
menggenggam segulung ijazah perubatan, walaupun semasa tempoh
kami belajar terlalu banyak dugaan dan rintangan yang kami tempuhi.

Sekarang aku sudah sah bergelar isteri kepada Adam Rafiq, nama Islamnya
bukan lagi kekasih kepada Adam Stephen George. Sudah pasti tentangan
hebat bakal kami tempuhi selepas alam perkahwinan. Aku sah menjadi
isteri Adam dengan sekali lafaz, di masjid New York, New York.

"Sayang, kenapa you termenung jauh? Adam kacak kat sebelah you pun
tak nampak" Adam memandangku lantas menghadiahkan satu senyuman
manis buatku. "I bukan apa Sayang, I belum rasa lengkap sebagai
seorang wanita. I sunyi.Ye lah, rumah yang you beli ni besar sangat.
Kalau you on call, I duduk sorang-sorang je kat rumah. kan best kalau
kita ada baby," aku memandang Adam sambil menghulurkan secawan air
Cappucino buat Adam. Adam memandangku dengan senyuman nakal.
"Kita kan doktor. Dah bertahun-tahun kita belajar Biology. So,InsyaAllah
sayang kalau rezeki kita dapat anak secepat mungkin. You nak bila? Besok?"
Mendengar kan kata-kata Adam itu aku terus mencubit pahanya. Adam...Adam..
tak berubah perangai budak-budaknya.

Tak tahulah kenapa akhir-akhir ni tekak aku terasa mual. Nak kata aku tak
biasa tengok mayat..sejak belajar lagi aku dah biasa... Tak boleh jadi ni.
Kalau kali ni dah masuk 8 kali aku masuk tandas sebab muntah-muntah.
Alamak Adam shift malam pulak! Nampaknya aku kena check kat doktor lain
lah ni. Setelah cek dengan Dr. Petter .. "Congratulation madam, you're
pregnant.". Alhamdulillah pasti ini berita yang paling indah buat Adam.

Tak sabarnya aku nak bagitahu Adam pasal berita ni. Belum sempat aku
menelefon Adam, telefon aku berdering terlebih dahulu.
"Hello Madam Sofya A'isha" "Yes I am Sofya. Can I help you?"
Terasa tujuh langit bergegar membelah bumi, terasa nyawa bagai dicabut
Izrail. Terduduk aku mendengar berita Adam kemalangan jalanraya.
Astaghfirullah, aku beristighfar. Nurse yang berada di situ terus
mendapatkan aku."Whats wrong Dr. Sofya?"
"Adam... My Adam..."

******************************************************************
Menangis aku sendiri duduk di sofa menatap potret arwah Adam. Rasanya
baru sedetik kami bersama. Menambah sebak bila aku mendengar lagu Dadali,
Disaat aku mencintaimu
MENYENDIRI LAGI, MENYENDIRI LAGI,
DISAAT KAU TINGGALKAN DIRIKU PERGI

Aku memandang sayu ke arah tanah perkuburan. Adam why you leave me alone?
You dah janji Adam nak sehidup semati dengan I. You dah janji nak lindungi I.
Why you leave me alone with our baby? Seminggu selepas pemergian Adam, Papa
dan Ibu tiriku datang menjenguk aku di Nashville."Sofya, kau ni memang bawak
sial sejak lahir. Ha! memang patutlah dulu mak kau bersalinkan kau dia meninggal.
Sekarang, kau mengandung suami kau meninggal. Entah-entah kau dan anak kau sama
sialnya." Mama berkata sambil menghantukkan kepala aku ke dinding.
"Mama, maafkan Sofya mama. Ini semua bukan salah Sofya ma. Ibu Sofya meninggal
bukan jugak sebab Sofya mama." "Sofya sudah-sudah la dengan drama telenovela
kau tu. Sakit la, jijik betul aku tengok kau." Mengalir air mata aku bila
mendengar kata-kata ibu tiriku .

Hari ini aku ada pemeriksaan kesihatan. Masa kat klinik tu tiba-tiba aku
terlanggar bahu seseorang. Ya aku kenal dia, Nashreq Iman.
"Awak tak apa-apa.."
"Emm, awak nampak saya terbersalin ke kat sini?" Haha saja je aku kenakan
kawan lama aku ni. Eh, takkanlah dia tak kenal aku kot. Takkan lah aku nak
panggil dia Panda Kacuk. Itu dulu, masa sekolah Nashreq ada eyebag bawah mata
yang macam panda dan dia merupakan anak kacuk Melayu-Pakistan. "Puan saya cakap
baik-baik bukan buat lawak. Tadi masa saya jalan saya tengok atas, bawah,
kiri , kanan. Tak tahulah kalau mata puan letak kat kepala lutut!" ehh
Nashreq ni marah pulak."Kau tak cam aku ke Nashreq?" kami berpandangan dan
kemudian tersenyum."Siapa tak kenal deejay radio ter hot, mulut macam burung
murai, loudspeaker satu sekolah kalau kau cakap boleh dengar."
"Ohh kau ingat kau tu comel sangat ke waktu sekolah dulu, Panda Kacuk."
kemudian kami berdua ketawa.
***********************************************************************

Sejak pertemuan dengan Nashreq, hubungan kami semakin rapat. Perangai Nashreq
tak tumpah macam arwah Adam. Setahun sudah berlalu. Namun, kenangan Adam tak
pernah sedikit pun berlalu. "Fya, I really love you. Please accept me as a part
of your life partner. I'm begging you Fya." "No, Nashreq. Arwah Adam baru je
pergi awak tak terasa terlalu cepat ke untuk semua ni?Dari dulu sampai sekarang,
perasaan saya pada awak takkan pernah berubah. Once kita berkawan,selamanya kita
tetap akan berkawan."
"Sejak kita bersekolah lagi saya menyimpan perasaan terhadap awak. Tapi saya
tak berani nak cakap dengan awak yang saya cintakan awak. Bertahun saya cari
jejak awak Fya. Sampai saya pindah ke Amerika. Jadi tolonglah jangan awak
hancurkan harapan saya." "Apa yang awak cakap ni Nashreq! Saya peduli apa
dengan perasaan awak! Jangan pernah awak cuba mengkhianati Arwah Adam."
"Sejak pertama kali nampak awak saya tahu awaklah jodoh yang ditetapkan
buat saya..." "Sampai bila-bila pun jodoh yang saya pernah miliki adalah
Adam Rafiq!" Sebaik sahaja aku berkata begitu aku terus melangkah pergi.

"Fya kau kena terima hakikat yang Adam dah lama pergi. Kau terima sajalah Nashreq."
Ujar Sarah. "Terima Nashreq sama aje aku khianati Arwah Adam. Aku cintakan Adam."
"Hey, listen here. Your son, Adam Rifqi, need a father. And you need a husband to
make your live happy. Aku faham, Adam cinta pertama kau. Orang kata cinta pertama
susah nak lupa. Terima Nashreq bukan bermaksud kau kena melupakan Adam, dan bukan
bermaksud kau mengkhianati dia. Hampir setahun arwah tinggalkan kau. Kau bukakan
hati kau terima cinta Nashreq,in the same time Adam still bertakhta dalam hati kau."
"Kau kalau bercakap, kalah pembaca berita.Kesian husband kau dengar kau membebel
24-7 kan." Sarah terus tergelak mendengar mengenai dirinya yang kuat membebel itu.

Petang itu juga aku bergegas ke law firm tempat Nashreq bekerja. Tak ada. Aku pergi
ke kondonya."Kondo untuk dijual?" "AStaghfirullahhalazim. YaAllah ampunkan hambamu
ini kerana telah melukakan hati seorang insan yang tak bersalah.

************************************************************************************
Petang itu, aku membawa anakku Rifqi makan di Popeye chicken and Biscuits restaurants.
Sebuah restoran yang menyajikan makanan halal di Amerika.
"Puan, termenung jauh nampak?" Teguran itu menghentikan lamunanku.
"Ha? Awak, mana awak pergi selama ni?" Nashreq terus memeluk anakku Rifqi dan
mengambil tempat dihadapanku. "Saya? Saya pindah ke Malaysia. Bina firm saya
sendiri dan beli rumah untuk bakal isteri dan bakal anak saya." Hampir tersembur
air Barbican yang aku minum. "Ohh. Saya doakan awak bahagia. Mesti sempurna dan
cantik isteri awak kan. Orang mana? Siapa nama dia? kerja apa?"pertanyaan yang
hambar aku ajukan. Kecewa.
"Sudah semestinya cantik. Mata dia coklat hazel. Orang nya putih dan bertudung.
Dia cuma pakai tudung bawal je. Orang Malaysia sudah tentu. Seorang doktor kat
Amerika. Nama dia Sofya A'isha." Kali ini air Barbican betul-betul tersembur .
Tersedak aku dibuatnya. "WHAT?"
"Yes, madam Sofya A'isha. Saya yakin awak jodoh yang dikurniakan Allah untuk
menyempurnakan hidup saya. Tiba- tiba, Nashreq berdiri menjerit
"Sofya A'ishah I Love You."
Semua yang berada di dalam restoran itu bertepuk tangan tanda kegembiraan.
"Mummy, will you marry him and make uncle Nash as my daddy?" Terima kasih Ya Allah.
Aku tidak akan mensia-siakan cinta buat kali kedua yang kau beri.
I love you too Nashreq.

2 comments:

  1. great miera... sedih pun ada cerita seorang perempuan yang setia kat suami dia :'(

    ReplyDelete
  2. thanx miera just cuba-cuba je buat cerpen still baru.. kalau tak elok cakap ehh.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...