Monday, January 21, 2013

Hendak Hidup Mewah hingga Harga Maruah Itu Murah ?!

KUALA LUMPUR: Memiliki kerjaya dan mampu menyara hidup dengan pendapatan bulanan ternyata tidak memadai bagi sesetengah wanita tempatan yang sanggup menjadi pelacur kelas atasan demi kemewahan.

Mengetepikan aspek moral dan agama, mereka ini bekerja secara sambilan dan hanya melayan pelanggan apabila ada masa terluang, namun apabila diberkas, ada yang mendakwa terperangkap dengan jerat sindiket.

“Mereka bergerak menerusi orang tengah atau 'ibu ayam' atau 'mami' yang akan mencari pelanggan untuk wanita terbabit. Ada mami ini sebenarnya rakan kepada wanita berkenaan,” katanya kepada BERNAMA, di sini.

Berdasarkan serbuan sebelum ini,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, terdapat mami yang sebenarnya adalah pengusaha salun kecantikan dan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu secara sambilan. 

"Lazimnya kalau seorang pelacur memperoleh RM450, mami akan dapat komisen RM200," katanya menambah berdasarkan siasatan, seorang pelacur mengenakan caj antara RM450 dan RM800 untuk menjadi teman berhibur selama empat jam, serta minimum RM1,500 untuk hubungan seks.

 

"Apa pun kegiatan ini masih boleh dikira dan ia masih terkawal. Kita sentiasa jalankan risikan, pemantauan termasuk operasi dan bekerjasama rapat dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membantu wanita yang tersasar atau mempunyai masalah latar belakang seperti ini," katanya.

Statistik terkini D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 2,772 wanita tempatan ditangkap terbabit pelacuran tahun lalu, berbanding 1,801 pada 2011, iaitu peningkatan 54 peratus.

Sebanyak 42,788 serbuan dijalankan tahun lepas dengan serbuan tertinggi di Johor Bahru iaitu 8,749 serbuan berbanding 7,288 serbuan pada 2011. Ini diikuti Kuala Lumpur (8,620); Selangor (6,663) dan Perak (5,426).

Bagaimanapun, katanya, ada sesetengah terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu kerana terpengaruh dengan ajakan kawan yang mempunyai kenalan lelaki kaya.

"Sekali mereka terjebak, timbul rasa suka dan faktor itu jugalah yang membuatkan mereka dengan rela hati untuk melayan termasuk melayan nafsu sendiri dan pelanggannya," katanya. - BERNAMA

p/s: banyak lagi sumber rezeki yang halal. carilah yang halal. selagi kita menggunakan duit yang haram memanglah akan rasa duit tu tak pernah cukup. BERTAUBATLAH!

Wednesday, January 16, 2013

Cantiknya Wanita itu Adakah Pada Rupa?

 “ Saya tak cantik, sebab itulah tiada sesiapa sudi berkenalan dengan saya, lainlah awak, cantik,  sebab itu  lelaki minat dekat awak”

"kenapa awak cakap macam tu? saya biasa. Boyfriend pun saya tak ada. Kalaulah cantik itu awak ukur dengan berapa ramai lelaki meminati saya maka hinanya diri ini. Saya tak pelu semua tu"

Assalamualaikum readers.. Hari ni miera nak membincangkan mengenai dialog yang kat atas tu. Betul ke cantiknya seorang wanita itu bergantung kepada berapa ramai lelaki meminatinya? Adakah cantik  pada rupa parasnya?

Duhai rakanku yang dikasihi..

cantiknya wanita bukanlah pada rupa parasnya yang indah

Bukanlah jua kerana hidungnya yang mancung.. (my hidung tak mancung as  mira orang Jawa)

Bukanlah jua terkandung pada merahnya pipi..

Bukanlah kerana hijabnya mahal..

Bukan jua persalinan yang berjenama..


tetapi sahabatku!
kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya,
sementara kegagahan seorang lelaki itu terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) marahnya.


p/s: ukurlah cantiknya diriku dari segi hati. segala kecantikan itu akan sia-sia sekiranya aku tidak mengamalkan amal makruf nahi mungkar serta menjaga syariatku sebagai seorang khalifah dan juga muslimah. harap awak faham.

Tuesday, January 15, 2013

Sharifah Zohra Listen Animal Got Problem?!


salam readers.. Siapakah Sharifah Zohra Jabeen.. Pasti mahasiswa mahasiswi mengenali wanita ini yang menjadi trend LISTEN and ANIMAL GOT PROBLEM!

Beliau telah mencetuskan fenomena "Listen! Listen Listen! " yang sebenarnya beliau perlu berfikir kenapa perlu minta respect dari orang lain jika diri sendiri tidak mampu memberi respek kepada orang lain? Easy! Think again before you speak


Kedah : Universiti Utara Malaysia (UUM) - Sebuah video seorang penceramah forum awam universiti menghina pelajar telah merebak secara pantas di forum , blog dan Facebook bukan kerana Kualiti Forum tetapi sebaliknya!

Video 24-minit menunjukkan yang penceramah - Sharifah Zohra Jabeen iaitu presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M . Forum bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan Politik? '(Adakah graduan dan politik sejajar?) Telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah pada 8 Dis.


Segalanya tercetus apabila seorang pelajar, Bawani KS, yang berdiri untuk membincangkan dan menyuarakan keputusan mahkamah tentang Bersih dan soalan mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain.

Sedang Cik Bawani KS masih lagi memberikan pendapat dan hujah maka sikap kurang ajar Sharifah Zohra Jabeen terserlah dengan merampas microfon dengan cara untuk mengelakkan Cik Bawani dari meneruskan Hujahnya. Adakah ini cara seorang MC? Adakah ini 'Forum' ?

Video ini bermula dengan pelajar-pelajar yang mengambil sumpah untuk pergi terhadap 'budaya sesat', 'pemusnah keamanan', 'demonstrasi jalanan' dan 'keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum tanpa gangguan pihak ketiga.


p/s: Bukanlah miera berpolitik di sini. Just I want Miss Sharifah apologize to miss Bawani because U had already humiliate Miss Bawani in front of people. and How come U samakan animal with human. who got least education here. animal tak ada akal and human got their akal..ommmayygadd! bermuhasabahlah wahai cik sharifah O-level yang tinggi taraf. I think we all degree people more more intelligent than U. di dalam video ni sharifah seakan merendahkan tahap degree kita! excuse me usahlah ujub riak dan takbur. Buruk Perangai!

Saturday, January 12, 2013

Pesan Buat Yang Halal BagiKU


Kepada bakal yang halal buatku, aku ada pesanan buatmu
Bakal imamku, cinta agung adalah cintaNya...
Aku ingin memesan padamu..cinta manusia bakal membuatmu alpa..

Ingin aku menasihatimu, janganlah kau menyintaiku lebih dari kau menyintai Rabb mu..
Ingin lagi aku berpesan padamu, jangan mengingatiku lebih dari kau mengingati Yang Maha Esa..
Bakal yang halal bagiku, janganlah kau mendoakanku lebih dari kau mendoakan ibu bapamu..
Ya Allah tolong kau sampaikan kata-kata ini kepadanya...
Bakal imamku... dahulukan ibu bapamu kerana di situ letaknya telapak syurgamu..
kerana iman yang kau ada aku bertaut bukan rupamu.. 
 Sesungguhnya aku mendambakan zuhudmu bukan harta kekayaanmu..
dan pasti seandainya pekertimu mulia aku akan mencintai pekerti santunmu itu..
Aku bakal makmum mu ingin menegurmu, usahlah kau mengagungkan cinta manusia..
Usah kau  tenggelam dalam angan-angan mu..
dan janganlah sekali-kali nafsu mengawal fikiran mu..
 Aku milik Yang Maha Esa..
Aku jua milik keluarga..
Namun satu yang pasti... aku akan sentiasa mengingatkanmu akan tanggungjawabmu yang besar kepada keluarga..itu janjiku.
Aku tidak mahu ada cinta yang terucap dikala cita-cita belum tergapai...
 diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta hanya buat yang HALAL bagiku sahaja..
tidak sesekali aku ingin menjadi fitnah besar kepadamu...
apatah lagi menjadi punca utama kegagalanmu..
suatu yang pasti.. aku sentiasa berdoa agar Yang Maha Kuasa menjaga dirimu dimana jua kau berada..
Aku tidak tahu diri mu siapa. tapi dirimu sudah ditetapkan bersamaku di luh mahfudz.
Aku mendoakan dirimu berjaya dalam impian dan cita-citamu..
satu hari nanti aku berharap kaulah penyokong dalam kejayaanku..
Sungguh aku mengimpikan cinta suci yang terjaga..
cinta yang berbunga kerana Allah tidak ternilai harganya..
Apa yang aku mahu, hubunganmu dengan Yang Maha Kuasa terpelihara..
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia berada..
p/s: Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan pekertinya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.Akan aku pelihara diriku untukmu sehingga kita bertemu suatu hari nanti...

Thursday, January 10, 2013

Wang rm1 atau sejuta yang buat kau bahagia?!



Dulu-dulu semasa miera kecil, miera selalu berangan nak hidup bahagia. Ada rumah besar, dapat melancong macam kawan-kawan lain dan ada kereta mewah.  Makna bahagia pada miera waktu itu dalam erti kata lain ingin hidup kaya-raya.  Waktu itu miera rasa bila dapat jadi kaya-raya nanti, hidup kita akan lebih hebat,lebih bahagia dan lebih baik dari orang lain.

Tapi miera silap. Bahagia dengan kemewahan tidak menjamin kehidupan di dunia dan akhirat jika kita tidak meletakkan Allah sebagai asasnya. Bila sudah semakin dewasa sekarang, boleh berfikir dengan baik, baru miera sedar kehidupan yang kaya-raya tidak semestinya akan buatkan kita bahagia untuk selama-lamanya. 

Bahagia dengan kekayaan bukanlah segala-galanya kalau tidak tahu untuk bersyukur kepada Allah yang sentiasa memberi nikmat tidak terhingga ini. Ini, merupakan perkara penting di dalam kehidupan yang miera belajar sekarang.  Mungkin dengan kekayaan, di dunia kita akan bahagia, tapi tidak semestinya di akhirat juga akan bahagia, melainkan kekayaan itu diurus untuk pelaburan akhirat kerana Allah semata-mata, 
in syaa Allah ianya akan menjamin kebahagiaan kita di dunia juga di akhirat.

Walaubagaimana pun, jika tidak dapat apa yang kita inginkan, tidak semestinya hidup kita tidak bahagia.  Tidak semua orang yang kita lihat kaya raya, punya wang berjuta itu hidup bahagia. Tidak perlu merasa kurang sehingga memprotes apa yang ada di hdapan kita. Kita tidak tahu masalah dalam hidup mereka. Dan tanpa kita sedar, kadang-kadang kehidupan mereka lebih derita berbanding kita.

Maka bersyukurlah dengan apa yang ada. Apa jua yang ada di raih dengan qanaah dan redha seadanya. Merasa bahagia itu letaknya di hati. Dan bahagia itu hanya akan dapat di miliki apabila merasa ada walau pun tiada. Merasa bahagia walau pun terasa derita. 

Adakalanya, ada juga orang kaya yang hidupnya bahagia tapi kekayaan yang dimiliki itu hasil dari rasuah, rezekinya melimpah ruah tetapi tiada berkatnya disisi Allah SWT. Islam juga menggalakkan umatnya untuk meraih kekayaan di dalam hidupnya kerana dengan kekayaan dapat melepaskan diri daripada meminta-minta.Tidak salah menjadi kaya, jutawan ternama.  Bukankah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tangan di atas (yang memberi), lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima bantuan)"
(Hadis SahihRiwayat Imam Ahmad)

Demikianlah kebahagiaan di dunia ini hanya bersifat sementara. Tidak sebanding dengan harga pakaian yang sedang kita pakai sekarang. Hanya kebahagiaan di akhirat lah yang lebih bermakna. 


Apabila bertemu dengan Allah, sudah tidak ada lagi baju yang mahal-mahal.Begitulah kekayaan yang ada, hanya akan setia bersama kita sepanjang kehidupan kita tetapi pada saat kematian, kekayaan itu juga akan meninggalkan kita. Semua harta benda kita pula, akan kita tinggalkan begitu sahaja. 

Harta yang sebenar yang perlu di bawa hanyalah amalan dan sedekah jariah kita semasa di dunia. Namun, hakikat inilah yang sebenar sering kali kita lupa. Lupa apabila nafsu hanya melihat pada kekayaan di dunia. 

Fitrah manusia itu sendiri yang sering lupa, termasuklah diri miera sendiri. Ingin bahagia tidak semestinya perlu untuk sempurna semuanya, kerana kita sebagai manusia pun selamnya tidak akan sempurna sepenuhnya. Kadang-kadang kita terlalu taksub dengan kebahagiaan di dunia hingga lupa kebahagiaan di akhirat.

Cuba kita lihat,kadang-kadang mak cik yang jual keropok lekor di tepi jalan, lebih bahagia hidupnya dari 'businessman' yang sahamnya berjuta-juta. Ini kerana hidupnya sering mengutamakan Allah terlebih dahulu dari perkara lain. Walau sesusah mana pun, Allah mesti diutamakan dari yang lain.

Kebahagiaan sebenar yang dicari akan dapat apabila hati kita cinta kepada Allah melebihi segala-galanya..Akan tetapi untuk mendapatkan kebahagiaan dari Allah juga tidak semestinya perlu beribadat 24 jam, tanpa melakukan apa-apa. Itulah kebahagiaan yang sebenarnya. Tapi kita selalu melebih-lebihkan dunia dari Allah..


p/s: Allah meyuruh kita berusaha sendiri untuk dapatkan apa yang kita mahu. Dapat atau tidak,itu urusan Allah..Yang penting kita kena usaha dahulu dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah. Itulah kehidupan yang sebenar. Perlu berusaha,usaha dan usaha sehingga berjaya akan apa yang dihajati. Jangan sesekali putus asa. 

Wednesday, January 9, 2013

Bagaimana Wanita Jepun Langsing?


Wanita dengan kecantikan memang sesuatu yang tak boleh dipisahkan.Wanita Melayu mempunyai petua sendiri dalam menjaga tubuh badan termasuk dari aspek pemakanan. Memang naluri wanita gemar sesuatu yang cantik.  Hal ini sama dengan wanita Jepun yang mementingkan aspek pemakanan dalam menjaga tubuh badan.

Assalamualaikum readers. seperti biasalah blog miera mengamalkan TOP 3 untuk para pembaca. So hari ini miera nak share... CETEKA ? miera nak share apa. # tips Langsing Wanita Jepun . Mari kita cungkil sampai terburai rahsia mereka.


  1. Sayuran segar
  • Sayuran merupakan menu wajib bagi wanita Jepun untuk sarapan pagi.
  • Sayuran segar merupakan makanan yang boleh mengenyangkan dalam bentuk yang paling sihat.
2. Ikan
  • Wanita Jepun makan ikan hampir 69kg setiap tahun
  • Wanita Jepun menggantikan makanan daging hidupan daratan dengan ikan
  • Wanita Jepun menggemari ikan salmon kerana ia dapat membantu mengurangkan kedutan pada kulit.
  • Ikan salmon dikatakak kaya dengan coenzyme Q-10 iaitu bahan antioksida dan kaya dengan dimethylaminoethanol (DMAE) yang dapat kurangkan risiko sakit jantung. (humm kalau tak caya pi tanya doktor betul ke tak) Kalau tanya miera.. miera tahu macam mana fungsi litar elektrik je..hahatok dapek den nak nolong hah
3.  Buah-buahan
  • Wanita Jepun kurang gemar makan buah-buahan
  • Namun begitu, buah-buahan yang dimakan adalah dalam bentuk segar dan bukannya dikisar sebagai jus atau lain-lain

p/s: selamat mencuba !

Monday, January 7, 2013

Di mana Hebatnya Wanita?!



Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,

 memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari

 pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Assalamualaikum readers esok I've got 1 paper for exam: ISLAMIC STUDIES.  BUT before that Miera nak berkongsi penulisan dengan readers mengenai wanita... selamat membaca.

Hebatnya aku bukan kerana kepintaranku
Hebatnya aku juga bukan terletak pada kecantikan rupa parasku
Hebatnya aku bukanlah jua kerana diriku dikenali ramai

Tapi  hebatnya aku kerana
Aku mampu terus berdiri menyelesaikan masalahku 
Mampu berdoa dan percaya bahawa ALLAH  adalah sumber “kekuatanku”
sekarang Miera sedang berhijrah ke arah ini. mungkin Mira bertudung sebelum ni tapi belum sempurna. Doakanlah penghijrahan Mira ni istiqamah

kau melihat diriku hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
Bersabar saat tertekan
Tersenyum walau hatiku kuat menangis

Diam saat diri ini terhina dan dihina
Pesonaku terselah saat aku memaafkan
Itulah AKU
dan itulah seorang wanita  Hebat Bukan seorang wanita?
p/s: Miera doakan agar pembaca akan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan diampunkan dosa-dosa lampau. Hijrahlah diri kita dari keburukan kepada kebaikan.Amin.

Saturday, January 5, 2013

Cinta HAKIKI!



Pernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai dan dicintai?
Kamu tersenyum meskipun hatimu terluka kerana yakin dia milikmu,
Kamu menangis dikala bahagia bersama kerana yakin dia cintamu.
Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka.
Dan hatimu tetap diwarnai mencintai, itulah dalamnya cinta.
Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata dan jiwamu?
Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkan jiwa dan akalmu
Padahal sesungguhnya hanya kedukaan yang mengisi sisi gelap hatimu.
Itulah cinta kerana manusia yang dibutakan nafsunya dan akal warasnnya.
Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia.
DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy.
Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah.
Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya.
Dan saat pena cinta Illahi melukis hatimu,
satu jam bersama berasa seperti satu minit saja.
Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah.
Kekasih menjadi pelita  hati menerangi jalan menuju Illahi.
Membawa ketundukan ikhlas pengabdian kepada Allah dan RasulNya.
Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusia.
Alirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran hakiki.
Saat kamu merasakan agungnya cinta yang diajarkan Allah.
Kekasih menjadi pembuktian pengabdian cinta tulusmu.
Memelukmu dalam ibadah menuju samudera kekal kehidupan tanpa batas.
Menjadi media amaliyah dan ketundukan  pengabdian kepada Allah.
Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki.
Cintailah kekasihmu seikhlasnya maka Allah akan mencintaimu.
Kerana Allah mengajarkan cinta ikhlas dan agung.
Cinta yang mengalahkan amarah menebarkan keharmonisan.
Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdi pada Illahi.
Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki.
p/s: kepada sahabat yang mempunyai masalah mengenai cinta seharusnya kau tanyakan pada dirimu adakah sudah sempurna cintamu kepada Maha Esa. Renungan bersama.

Wednesday, January 2, 2013

Senandung Seorang Hamba

Aku BERDOSA.. Allah Maha Pengampun

Di saat aku melihat ramainya manusia yang rakus mengejar dunia,
Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk mencari redhaMu?
Disaat aku melihat ramainya pemuda yang hilang jati dirinya,
Mengapa Kau pilih aku untuk menjadi insan yang membinanya?

Disaat aku memandang ributnya gelagat manusia berhibur,
Mengapa Kau pilih aku untuk diam ingat padaMu?
 Dikala aku merasa teringin untuk merasai nikmat dicinta dan mencinta,
Mengapa Kau pilih aku untuk mencari cintaMu?

Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?
Disaat ramainya manusia merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?
not me readers in that picture

Mengapa aku?
Aku banyak dosa…
Aku banyak maksiat…
Aku banyak ingkar…

Aku bukan orang yang layak!
 Tapi mengapa aku dipilih?
 Ah… aku bukannya alim. aku bukannya baik.
Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak dosa!

Ya Allah… mengapa masih aku yang Kau pilih?
 Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!
Ya Allah… aku tak kuat!
 Aku lemah…
 Dikala ujian dariMu datang…
Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.

Aku malu Ya Allah…
 Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.

Disaat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu…
 Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku…
 Ya Allah Ya Tuhanku... mengapa aku?
Mengapa aku yang Kau pilih?

Ya Allah..
aku tak pandai bermadah… juga tidak bijak menyusun kata…
 
Tapi ketahuilah…
Aku merayu…

Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma…
Agar diriku, mampu mencintaiMu.

Terima kasih Rabbku…
kerana memilih aku…

Terima kasih Ya Rabbi.

Dan kini… Hanya diriMu matlamatku.

Sekarang dan selamanya…cinta ku hanya dilabuhkan padaMu.
p/s: aku ni  terlalu berdosa . kau istiqamahkanlah aku dalam hijrah yang aku bina dalam mencari redhaMu ujianMU hebat Ya Allah. Seringkali aku disalah anggap ketika menyampaikan dakwahMU. Semoga hati ini cekal dan terus mencintaiMU Ya Rabb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...